Ideas matter

Every person has his opinion. As long it is called an opinion , it is neither wrong nor right.


HAVE FUN IN GIVING IDEAS !!

Sunday, 16 September 2012

Trial SMA Jabatan~~

TRIAL SMA (JABATAN)

Assalamualaikum pembuka bicara..Alhamdulillah , bersyukur kepada Ilahi Ar-Rahman Ar-Rahim Yang Maha Agung serta luas tidak terbatas kekuasaan-Nya. Syukur , dipermudahkan urusan untuk membuat blog ini buat julung-julung kalinya. (^_^)

Alhamdulillah , baru minggu lepas , salah satu peperiksaan yang besar buat saya , Badrul Amin Bin Badrin , hamba yang sangat kerdil di sisi-Nya  telah selesai dan tamat diadakan. Bersyukur tidak terhingga apabila semua subjek-subjek yang berikut berjaya dijawab :-
1. Tafsir Hadis
2. Nahu Sorof
3. Tauhid Feqah
4. Mutholaah 'Insya Balaghah
5. Tarikh Islami (also known as Sirah) 
Alhamdulillah sekali lagi!!!!! Aku telah mengetahui markah Nahu Sorofku , dengan izin-Nya , merupakan antara yang terawal mengetahui markah sendiri. Bersyukur sehingga tidak terhingga kerana berkat limpah kurnia-Nya , Allah Subhanallahu Ta'ala telah mengabulkan doaku selama ini untuk mendapat kejayaan Mumtaz dalam SMA . Walaupun ini hanyalah Trial SMA JAbatan , bagiku ini adlah satu batu loncatan untukku agar mendapat kejayaan-kejayaan yang mendatang. Insya-Allah. Owh , ya. Seramai 13 orang dari kelasku (merangkap tingkatanku) mendapat mumtaz , 10 orang mendapat Jayyid Jiddan dan bakinya mendapat Jayyid !!! Suatu pencapaian yang sangat cemerlang bagiku !
Setelah beberapa hari berjumpa dengan ustazah mata pelajaranku , Ustazah Hidayah , dapat jugaku tahu markah Nahu Sorofku. Alhamdulillah , mendapat 94 (A+ n Mumtaz) adalah pencapaian yang terbaik bagiku. Kuterima seadanya. (^_^) Setakat di sini sahaja nukilan dariku. Ada masa , akan daku ceritakan serba-serbi diriku lebih lanjut. Maklumlah , gembira-ketakterhinggaan dengan keputusan yang diperoleh. :) Wassalam. ~~~~~~~~~ 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment