Ideas matter

Every person has his opinion. As long it is called an opinion , it is neither wrong nor right.


HAVE FUN IN GIVING IDEAS !!

Friday, 9 November 2012

Sijil Menengah Agama

Sijil Menengah Agama.

    Alhamdulillah.....Sudah selesai dua subjek bagi Sijil Menengah Agama iaitu bagi subjek Tafsir Hadis TH14 yang dijalankan semalam.Alhamdulillah...dapat jawab soalan Tafsir Hadis dengan jayanya.. :)
Bersyukur juga................. Soalan Mutholaah Insya' dan Balaghah BA12 yang dijalankan tadi   ( 9 November 2012) dapat dijawab dengan lancar. Soalan Mutholaah keluar Tajuk Satu... Terima kasih Ya Allah...Alhamdulillah.....Bersyukur sangat ...dapat jawab dengan lancar...walaupun buat beberapa minit , mata agak berat untuk ditampung.. Datang ke sekolah pergi dan balik (berulang dari rumah) kerana tanpa disangka dan tidak terduga bahawa mengalami sakit mata. Oleh itu , pulang rumah untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau daripada wabak itu terus merebak dengan leluasa.Hari Selasa ..secara tiba-tiba Hafiz Zain yang duduk di sebelahku dalam kelas prihatin akan perubahan warna mata. Alhamdulillah , Husni pun perasan benda yang sama. Asalnya , hendak membersihkan mata ,...... Akhirnya, terjadilah cerita yang berantai...dan tanpa diduga, pulang pada hari yang sama. Pada waktu malam , berjumpa seorang doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Memang sah, sakit mata. Diberi Medical Certificate untuk dua hari. 

           Pada waktu malam , ulangkaji subjek Tafsir Hadis. Alhamdulillah , jawab semua soalan untuk Tafsir Hadis sehingga menggunakan dua buah buku jawapan . Jumlah halaman  yang digunakan untuk menjawab soalan Tafsir Hadis adalah sebanyak 18 halaman. Hurm.Puas menjawab. Namun , teringat pesanan Ustaz . APa yang dipelajari itu bukanlah semata-mata untuk dimuntahkan pada kertas peperiksaan . Insya-Allah , sesi hafazan Hadis-hadis seterusnya akan diteruskan sepanjang cuti sekolah ini. Insya-Allah !!!!!!!~~~~~ Amin ! :)
           11.23 pm , 8 November 2012. Tanpa diduga , mata yang sedang asyik tertumpu pada karangan beralih kepada telefon bimbit di tepi meja. Tertera perkataan ' 1 message received'. Tangan segera menangkap telefon bimbit dan jari-jemari lincah berdansa pada punat-punat telefon bimbit. Astaghfirullah!!! Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya lah kita dikembalikan. Hurm. Dua daripada rakan taulanku telah sakit. Seorang mengalami demam campak , seorang lagi pula mengalami tanda-tanda awal sakit mata. Ku berdoa agar mereka yang sakit diberikan ketabahan untuk menghadapinya dan sakit mereka akan beransur pulih. Insya-Allah...Amin....
         Alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Ilahi , dapat aku dapat menjawab soalan BA12 , Mutholaah , Insya' dan Balaghah dengan lancar. Jawab semua soalan , sehingga jawapan mencecah ruangan terakhir Buku Jawapan , berjumlah 12 halaman kesemuanya. Bilik Isolasi yang aku duduki kini telah bertambah ahlinya , dua rakanku yang baru sahaja mengalami demam campak dan sakit mata. Hurm, suasana agak hening dan bening. Ketika itulah , mataku mula memberat....Alhamdulillah , aku berjaya menampungnya ! Alhamdulillah ! Tamatnya waktu peperiksaan , aku terus meluru keluar dari kelas , mencari gerangan si ayah. :) Dapat surat , kelas tambahan bagi subjek Biologi dan Bahasa Melayu akan diadakan cuti ini . (26,27,28,29 November 2012). Hurm , sebut sahaja tentang subjek kedua-dua ini , teringat kerja rumah cuti sekolah bagi dua subjek SPM : Kimia dan Bahasa Melayu.
                Kerja rumah bagi Bahasa Melayu ,bilangannya agaklah sedikit. Terdapat pada bahagian lampiran , borang pemantauan untuk ditandatangani oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak membuat kerja rumah . :) Cantik~ Hehe. :) Kerja rumah bagi Kimiaku telah dimulakan semalam. :) Alhamdulillah , siap satu set , ada lima set PEKA Kimia untuk disiapkan lagi . Hehe~ :) Insya-Allah , hendak fokus subjek Nahu Sorof untuk Isnin hadapan. Doa-doakan ya , Insya-Allah Mumtaz!! Amin! Wallahu a'lam.

 
 

No comments:

Post a Comment