Ideas matter

Every person has his opinion. As long it is called an opinion , it is neither wrong nor right.


HAVE FUN IN GIVING IDEAS !!

Saturday, 14 December 2013

Bahu 2013


Bahu 2013



Assalamualaikum!! Salam 11 Safar 1435 Hijrah.

2013 hampir sahaja melabuhkan tirainya.

Penulis sebenarnya mempunyai banyak cerita yang perlu dinukilkan.

Dalam ruangan masa yang terhad ini, penulis ingin mengimbaskan kembali tahun 2013.

Pelbagai jawatan yang perlu ditanggung.

Tidak seperti 2012, penulis menggalas jawatan Murakab Sekolah.

Atau nama lainnya BKP.Nama yang lebih sinonim, pengawas sekolah.

Memandangkan 2013 tahun 'kosong' , tahun 'bebasjawatanmurakab' dan atas faktor bilangan ahli kelas, menggunung jawatan lain diberikan.

Diamanahkan.

Amanah, benda yang paling berat seperti dalam kata-kata Imam Ghazali.

Penulis berharap kesemua amanah yang dipertanggungjawabkan itu dijalankan sebaiknya.

Penulis sendiri kaget menerimanya.

Dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim, tangan penulis berdansa lebih rancak di atas papan kekunci untuk menukilkan jawatan yang berada di atas bahu jemala patik.

Bahu 2013.Menggalas jawatan berikut.

1. Pengerusi Rumah Sukan Khalid Al-Walid

2. Pengerusi Catur dan Permainan Dalam

3. Pengerusi Kelab Multimedia

4. Bendahari Kadet Remaja Sekolah 5. Ketua Menti Ustaz Tarmizi Bin Abdullah, GPK 1

6. Ketua Editor Sidang Redaksi 7. Pengawas Maqsaf Abdrurrahman Ibnu Auf [Koperasi Sekolah]
8.Reminder Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris 5F, Puan Anisah

9.Reminder Guru Matapelajaran Kimia 5F, Puan Sulnalti Mustafa
10. Guru Muda Matematik Tambahan

11. Guru Muda Fizik

12. Guru Muda Bahasa Arab

13. Mentor Bahasa Inggeris Arif Jamil

14. Mentor Bahasa Inggeris Haziq Hakimi Rabidi

15. Mentor Bahasa Inggeris AzlanShah

16. Mentor Bahasa Inggeris Ahmad Akid 17. Mentor Matematik Izzuddin Bahari

18. Mentor Matematik HafizudinNorshahiri
19. Mentor Matematik dan Sains Thaqif Halim 20. MyBrotherMyHero: 1. M.Danial Hakim Yazid Timothy
2. Amrul Ariffi Khalid
3. Hafizudin Norshahiri

21. Penggubal Mathematics and Sceince Module[Form 3] 22. Mentor Sivik Dan Kewarganegaraan dan Sains Anas Mustafa

23. Setiausaha Usrah Waliuddin Haikal Arifin

24. Penghubung STAM 2014

25. Penghubung buku teks Tingkatan 5

26. Penghubung Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Tingkatan 5 27. Pengambil dan penyusun suratkhabar [Mac-Mei 2013] 28. Pelajar harapan 11A+ [Awal tahun]

29. Personal Assistant Ketua Umum 2013

30. Personal Assistant Ketua Pengurus sijil-sijil sekolah.

31. Ketua Bilik Uthman 1

32. Penghubung 5S

33. Penghubung Penyusun Bilik-bilik 2014

Hurm.Itupun ada beberapa jawatan lain yang penulis tolak dan tidak catat.

Penulis sebenarnya cuba berusaha sedaya upaya.

Memerah keringat.

Membanting tulang empat kerat.

Melaksanakan amanah sebaik mungkin.

Penulis memohon maaf jika terdapat salah dan silap. Penulis juga insan biasa,yang perlu berhati-hati apabila diberi amanah :/ (^_^)

Insya-Allah, pada masa yang lain penulis akan bercerita lebih lanjut pengalaman penulis. Pengalaman di SMAMAIWP. Ilal liqa' ! =)

No comments:

Post a Comment